Friday, February 3, 2012

RANDOM UPDATES UNTUK SAPU HABUK DI BELOG

#Adik aku pakai bedak jenama ice mountain.zaman tok janggot dulu punya bahahah

#Baikkk je aku mengutuk ingat nenek aku punya, patot lah dia diam je, dia punya ropenye bahah

#Scent of woman start yesteday.now, 11 episod alreadyy.efectiveeee betullah

#Dah 3hari nenek aku terbaring kt ruang tamu ni tanpa buat apa apa.tp oke skit la dr terbaring kt spital kan?kesian nenda

#Ankle sakit sbb skipping tak warm up dulu.

#DAN JUGA SKIPPING TAK PAKAI KASUT DEKAT DAPUR. (musim hujan kann)

#Terpaksa mintak mak 60hengget bayar sewa rumah.tp mak cakap no-no mak kering lepas bnyk kenduri.hoh mak tak bertanggungjawab betul

#Mubern kol ajak pegi perhentian.

#Tapi pulau di musim hujan begini, oh tak berani.

#Lagipon encik kekasih pulang bercuti empat hari, memang takkan dpt izin lah kannnnn.

#jerawat makin bercambah, oh seronok.

Monday, December 19, 2011

ya Allah, berhabuk berkulat hijau dah.

maaflah.tidak dapat membahagi masa dengan betul

masa lebih benyak terbuang dekat twitter dan facebook.

lepas ni saya cuba sedaya upaya untuk berlaku adil ye.

*hug

Monday, October 17, 2011

SAHABAT SELAMANYA.

sahabat,
tiada apa yg dapat memisahkan kita.
bergadoh, ketawa, menangis, salah faham, itu semua sudah terbiasa.
kawan berempat, tiada istilah aku lagi rapat dengan kau dari kau dan aku pulak lagi rapat dari dia berbanding dia.
kasih sayang sama rata.
tiada istilah ohh rahsia aku patot kongsi cuma dgn engkau bukan dia.
kita berempat, tapi satu!
tiada istilah siapa patot melebihi siapa.
irihati itu ada.cuma mampu dilawan dengan keikhlasan masing masing.
bila ikhlas berkawan, irihati melebur, dengki khianat hancur, cuma kasih sayang yang tinggal membara.

aku bangga punya kamu sahabat, love xoxo




dua

tambah dua

sama dengan empat.





aku percaya empat itu satu.terima kasih .

Wednesday, October 5, 2011

BILA DIDALAM BAS

raai golongan wanita sekarang even yang bertudung litup sekalipon bila berkawan dengan lelaki lembut aka bapuk aka pondan aka gay, semua tanpa segan silu bertepuk tampar dikhalayak ramai.

ehh, ingat sikit, lelaki lembut aka bapuk aka pondan aka gay itu juga LELAKI.

tak malu ke bertepuk tampar dengan lelaki di khalayak ramai?awak tu bertutup.ingat sikit yg awak bawak imej islam sekali tau dengan tudung lilit lilit awak tu.

jangan sebab kawan lelaki awak tu teringin nak jadi wanita, awak pon treat dorang macam wanita.

ingat!!wanita wannabe pon, awak tetap ada aurat dengan dia.



*ceramah agama tibe tibe, kbai

Sunday, September 25, 2011

THE SIMS

dah ada 30 request dari the sims tapi kenapa tak buleh bukak pulak?

huarghhhhhhh tension!

lagi tension dari kelas 8pagi sampai 8malam.

Wednesday, September 21, 2011

tadi saya kena langgar.
ohhh..kena langgar.
dengan kereta.
ohhhhh...hah?kena langgar?dengan kereta?serius?
serius la weh.takkan nak main main pulak langgar melanggar ni.
kau nak?aku taknak, mintak jauh dunia akhirat la bab bab langgar langgar kereta ni.
tapi yela kan, mintak jauh sampai ke brazil sekali pon, malang tu kan tak berbau.
supermak yang ada kuasa tu pon tak mampu hidu bau malang nikan pulak aku yang super ni.
aku pon super jugak.SUPERGEMOK!
back to the story, ceritanya macam ni.
turun je dari rumah hujan turun dengan lebat ya amat dan dengan bangganya saya membuka payong giordano baru dan jalan laju laju.takot terlepas rapid bit naik bit keluar pulak kan.
tiba tiba sekali kenyit je zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaassssss
terduduk aku kena langgar dengan wira.dari arah belakang.
memang haram haram haram.babi babi babi.nasib baiklah kereta tu pelan je.tapi tak kira lah bai jugak bawak kereta tak tengok orang,haram!sambong mencarot~~~

actually tak sakit pontapi sedikit terkejutlah.aku ni dah laa trauma sikit bab bab jalan raya ni.makhaiiii jantung kencang kaki tangan ketaq baqhang!

nasib takde ape ape cuma bontot je sakit akibat terhentak kuat dijalan bertar.tangan pon rasa kebas sebab pelempang driver tu.eh eh takdelah.saya cuma mampu memaki je tak mampu melempang sebab takde kuasa macam supermak tsktsk T_T

a good thing is driver tu keluar la tanya kabar hidup mati aku dan mintak nak tolong hantarkan ke hospital.sungguh mulia hati cik adik walaupon bawak kereta tak tengok depan.iskk mesti tengah joget joget nyanyi lagu bunkface dalam kereta sampaikan sebesar gedempol aku pon kau tak nampak kan?terok!

tapi macamane baik kau nak anta aku g hospital pon, dengan rambot karat ketak ketak kau tu kau tetap kena maki ngan aku walaupon alasan kau kau tengah pakai seatbelt masa tu dan tak nampak aku yg sebesar alam ni sbb aku diselubungi dengan payung giordano.kata kauuuu!huh

dah macam drama melayu dahbergaduh cucuk cucuk payung dalam hujanlebat depan kedai mamak.tapi still grrrrrrrrrrrrrr marah tak habes lagi kot.lepas ni memang sumpah makin takot laa nak melintas.haihhhhhh

p/s:nak kena pegi buat medical cekap takut ada internal bleeding.over!!
p/s2:lelaki bwak payung naik bus pegi kelas comel cukop!
p/s3:kalau laki yagn langgar sumpah buat buat pengsan.gatal bai!

Monday, September 5, 2011

BAJU RAYA PERTAMA




kesian kan raya ni terpaksa jahit baju raya sendiri.walaupon senget senget sikit tapi berjaya jugak saya siapkan tiga pasang baju raya saya.bukan setakat jahit je tapi potong kain pon saya buat, kelim tepi pon saya buat.wahh bangga ^_^

baju raya pertama dan kedua dua dua songket.entah hantu mane rasuk raya ni tetibe teringin nak pakai songket.dua minggu sebelum puasa terus turun KL cari kain songket ni dan terpaksa jahit sendiri lah sbb kakak si tukang jahit tak cukup tangan dah. gile sedih baju raya jahit sendiri senget senget T_T


yang ni pulak yang pertama jahit sebab tak berapa suka baju ni so jahit first sekali kalau tak jadi pon kira halal lah sebab baju free pow dengan kakak tehehe


tapi, ape ape pon bangga ohhh dapat jahit tiga pasang baju dalam masa seminggu.perhhhh bangga riak takbur semua ada iskk.

sebelum jahit baju ni dah berangan angan nnt nak belajar menjahit.atleast dapat jahit baju sendiri pon jadilah nnt dah tua tua dah kawen tak payah hantar kedai.upah menjahit sekarang mahal cukup.sekarang takpela hantar je baju dekat kakak seminggu dua minggu siaplah.nanti2 kau dah keje takkan nak hantar suruh kakak kau jahit free lagi.banyak cantek sgt muka kau kan?

tapi, tak sempat siap sehelai baju pon dah tukar balik angan angan.takpelah nnt nnt pon hantar jela baju suruh kakak jahitkan sanggup bayar berapa saje sbb MENJAHIT ITU LECEH.sumpahhhhh!yg ni betul leceh hishhh.